Rabu, 31 Maret 2010

MENETANG 5 RAD


PKB menang 5-1. Keputusan yang membanggakan tetapi masih ada kelemahan.

MENETANG KEDAI LALAT


Berjaya tewaskan Kedai Lalat 3-1. Persahabatan menguji prestasi.

PERSAHABATAN DENGAN TELOSAN



Seri 2-2. PKB akan teruskan latihan dan membaiki segala kelemahan.


"Kami mahu jadikan pasukan PKB terkuat di Tanah merah dan antara yang digeruni di Kelantan," kata Rozi Safaai.

Jumat, 06 November 2009

RED WARRIORS IDOLA PKB


Kejayaan pasukan kelantan, 'Red Worriors' ke final Piala Malaysia menjadi idola kepada PKB untuk memastikan 2010, tahun genggam semua piala kejohanan yang dipertandingkan.

Pengerusi persatuan itu Rozi Safaai berkata, impian itu akan direalisasikan bila kejohanan bermula seawal 2010 nanti.


"Kami akan kotakan janji kerana kami tidak pernah bercakap kosong. sesiapa yang mahu menjulang piala kejohanan di dalam jajahan Tanah Merah nanti, pasti akan ditentang hebat pasukan kami," katanya ketika di temui di padang latihan perumaha
n awam, di sini, semalam.

percaturan pengalaman pemain, selain tunjuk ajar jurulatih, memastikan kami rangkul kesemua kejuaraan.

SEJARAH PIALA MALAYSIA


SEJARAH PIALA MALAYSIA

Antara sejarah Piala Malaysia


1. PIALA Malaya yang dianjurkan buat julung kali pada 1921 adalah perintis kepada pertandingan Piala Malaysia. Ia adalah langkah susulan kepada lawatan kapal Inggeris HMS Malaya apabila kelasinya mengadakan perlawanan ragbi dan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan untuk merebut Piala HMS Malaya, sumbangan Kapten Buller. Pada 1967, Piala Malaya ditukar nama kepada Piala Malaysia.


2. PERLAWANAN akhir 1930 antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Pasukan pulau itu akhirnya menang 3-0.


3. GELANGGANG yang menjadi pilihan perlawanan akhir sebelum pembinaan Stadium Merdeka ialah Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka), Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh dan Jalan Rifle Range serta Jalan Anson (Singapura).


4. SEJARAH tercatat pada 1964 apabila Televisyen Malaysia menyiarkan perlawanan akhir antara Singapura dan Perak secara langsung buat kali pertama. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.


5. TIGA hari sebelum musim 1981 bermula, tokoh paling dihormati di Singapura, Choo Seng Quee, mengumumkan persaraannya dan mengejutkan masyarakat bolasepak tempatan apabila membuat kenyataan "Saya benci bolasepak" meskipun bergelumang dengan sukan itu selama 50 tahun.


6. SINGAPURA diulit kontroversi pada 1981 kerana kecundang kepada Selangor 0-4 dalam perlawanan akhir selepas beraksi cemerlang sepanjang musim. Mereka dituduh mengambil rasuah. Badan pencegah rasuah negara itu menyiasat secara terperinci dengan menemuramah pemain, isteri mereka, jurulatih dan tukang urut, tetapi tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan.


7. PEMAIN Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.


8. KELANTAN mencatatkan jaringan terbesar menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal 1962 dan Mohammad Che Su menyumbang lapan gol. Tahun berikutnya, Selangor mengatasi rekod itu dengan menewaskan Terengganu 18-0.


9. KEAJAIBAN penyerang Singapura, Allahyarham Awang Bakar, tiada tandingan. Pada perlawanan akhir 1950, dia membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.


10. APABILA kejohanan diadakan semula pada 1948 selepas tergendala akibat Perang Dunia kedua dari 1942-47, Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir buat kali pertama. Ia sebaliknya ditandingi Negeri Sembilan dan Selangor. Negeri Sembilan menang 2-1.

TAHNIAH KELANTAN!

















Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjejakkan kaki ke final Piala Malaysia. Tahniah juga kepada Tan Sri Anuar MUsa kerana mengangkat
imej bola sepak Kelantan.

Teruskan perjuangan Tan Sri. AJK Persataun BOla Sepak Perumahan Kusial Baru mengucapkan selamat berjuang hingga mengembalikan piala prestij itu ke negeri cik Siti Wan Kembang.

Kerana Tan Sri bola sepak Kelantan maju dan hebat

PEMAIN KELANTAN ERA 70 AN


Barisan pemain Kelantan era 70 an. Kalau anda tahu cuba teka siapakah mereka. Mereka juga pernah mewakili negara.

Dari kanan. Penjaga gol era 70 Nik Sazali, sebelahnya Nik Leh Nik Man (Leh Senggeng), tengah berbaju hitam 'kereta perisai Kelantan zaman silam' kapten Kelantan Mahadi YUsoff, bercermin mata, penyerang berbisa Afandi YUsoff, berbaju merah Wan Hassan Wan Ibrahim midfielder handalan dan kiri sekali Hussien Ibrahin pengulas sukan. RTM.