Jumat, 31 Juli 2009

MENEWASKAN JERANGAU FC


Terus mengorak langkah menewaskan JERANGAU FC dalam bola sepak KOmuniti 1- 0. teruskan kecemerlangan kerana kemenangan itu menjadi peniup semangat bagi kejayaan lain. bukan senang hendak mewaujudkan sebuah pasukan yang mantap tanpa kemantapan hati setiap pemain. justeru, jati diri itu penting dan ikhlas itu mustahak. kalau bermain untuk semua, kemajuan akan tercapai di dalam bola sepak, tetapi kalau bermain untuk individu, sukan itu akan berkubur.

JANGAN BERPECAH


"Terusakan perjuangan demi kecemerlangan bola sepak," kata Cikgu Bakri Mustapa

Minggu, 26 Juli 2009

PENYOKONG SETIA


Kejayaan sesebuah pasukan terletak ditangan penyokong setia.

KUNJUNGAN SEORANG PEMIMPIN


"Saya harap pasukan Kusial Baru ini semakin mantap pada masa hadapan. saya mahu pasukan di bawah Pengarah DUN ini bukan sahaja mampu gegarkan Tanah Merah, malah menjadi pasukan terbaik di peringkat negeri. kalau ada rezeki, saya akan bawa pasukan ini keluar Kelantan. Saya mahu mereka menimba ilmu sebanyak mungkin dalam bidang bola sepak kerana kejayaan sesebuah pasukan itu bukan pada mujurnya, tetapi pada usahanya yang bersungguh-sungguh," kata Cikgu Bakri, Pengarah DUN Gual Ipoh.

AKSI JUARA





Itulah. Kalau sudah berusaha tentu akan ada hasilnya. usaha lebih, hasilnya juga lebih. justeru, untuk musim akan datang, kejayaan berganda hendaklah dicpita dalam ikhtiar menjadikan pasukan kita disegani bukan sahaja dalam daerah malah Kelantan amnya.

SEKITAR FINAL PIALA KAFA






AKSI SEJARAH PIALA KAFA 2009. SYABAS DAN TAHNIAH. KEJAYAAN INI PEMANGKIN SEMANGAT SEMUA. KESEBELASAN UTAMA PEMAIN WAJIB DIKEKALKAN DALAM USAHA JADIKAN PASUKAN PERUMAHAN KUSIAL BARU SEBUAH PASUKAN ELIT DI TANAH MERAH INI

JUARA KAFA 2009


Ternyata igauan itu menjadi realiti. Perumahan Kusial Baru menjadi johan piala Kafa 2009 selepas menewaskan Bandar FC 4-2 melalui sepakan penalti. Syabas dan tahniah!

Selasa, 21 Juli 2009

PIALA KAFA


Telah kami janjikan kami mahu merampas piala KAFA. Kata mesti dikota! itulah antara ungkapan yang ada di dalam diri kami. kami tidak mahu tewas sebelum berjuang dan kami mahu menjadi sebuah pasukan terkuat diu Tanah Merah.

Kamis, 16 Juli 2009

MENENTANG PASUKAN GOBEK


Kemenangan tetap berpihak kepada kami meskipun menetang pasukan pelawat atau jiran. menewaskan pasukan Gobek di dalam Liga DUN Gual Ipoh. dalam misi mencari kemenangan, setiap perlawanan di isi dengan sifat jati diri dan sayangkan pasukan. justeru, kerana sifat begitu, kejayaan demi kejayaan dicipta pasukan bola sepak Perumahan Kusial Baru. Maju PKB.

BERSAMA DATO ROSLAN



Terima kasih Dato Lan kerana sudi menjadi penaung kami. Segala tunjuk ajar, buah fikiran, kritikan membina, saranan yang bernas, ternyata menjadikan kami pasukan yang mantap dan terbaik di Tanah Merah ini. Terima kasih daun keladi.

Rabu, 15 Juli 2009

BERSAMA BANGGOL LAHA


Menewaskan Banggol Laha 3 gol 0 di dalam perlawanan akhir liga DUN Gual Ipoh. Tahniah kepada pihak pengurusan dan pemain. komitmen semua melonjak imej pasukan bola sepak perumahan kusial baru.