Jumat, 06 November 2009

RED WARRIORS IDOLA PKB


Kejayaan pasukan kelantan, 'Red Worriors' ke final Piala Malaysia menjadi idola kepada PKB untuk memastikan 2010, tahun genggam semua piala kejohanan yang dipertandingkan.

Pengerusi persatuan itu Rozi Safaai berkata, impian itu akan direalisasikan bila kejohanan bermula seawal 2010 nanti.


"Kami akan kotakan janji kerana kami tidak pernah bercakap kosong. sesiapa yang mahu menjulang piala kejohanan di dalam jajahan Tanah Merah nanti, pasti akan ditentang hebat pasukan kami," katanya ketika di temui di padang latihan perumaha
n awam, di sini, semalam.

percaturan pengalaman pemain, selain tunjuk ajar jurulatih, memastikan kami rangkul kesemua kejuaraan.

SEJARAH PIALA MALAYSIA


SEJARAH PIALA MALAYSIA

Antara sejarah Piala Malaysia


1. PIALA Malaya yang dianjurkan buat julung kali pada 1921 adalah perintis kepada pertandingan Piala Malaysia. Ia adalah langkah susulan kepada lawatan kapal Inggeris HMS Malaya apabila kelasinya mengadakan perlawanan ragbi dan bolasepak persahabatan dengan penduduk tempatan untuk merebut Piala HMS Malaya, sumbangan Kapten Buller. Pada 1967, Piala Malaya ditukar nama kepada Piala Malaysia.


2. PERLAWANAN akhir 1930 antara Selangor dan Singapura di Padang Kelab Selangor mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. Permainan disambung di Jalan Anson, Singapura. Pasukan pulau itu akhirnya menang 3-0.


3. GELANGGANG yang menjadi pilihan perlawanan akhir sebelum pembinaan Stadium Merdeka ialah Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka), Dewan Perhimpunan Cina, Ipoh dan Jalan Rifle Range serta Jalan Anson (Singapura).


4. SEJARAH tercatat pada 1964 apabila Televisyen Malaysia menyiarkan perlawanan akhir antara Singapura dan Perak secara langsung buat kali pertama. Singapura menang 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.


5. TIGA hari sebelum musim 1981 bermula, tokoh paling dihormati di Singapura, Choo Seng Quee, mengumumkan persaraannya dan mengejutkan masyarakat bolasepak tempatan apabila membuat kenyataan "Saya benci bolasepak" meskipun bergelumang dengan sukan itu selama 50 tahun.


6. SINGAPURA diulit kontroversi pada 1981 kerana kecundang kepada Selangor 0-4 dalam perlawanan akhir selepas beraksi cemerlang sepanjang musim. Mereka dituduh mengambil rasuah. Badan pencegah rasuah negara itu menyiasat secara terperinci dengan menemuramah pemain, isteri mereka, jurulatih dan tukang urut, tetapi tiada bukti kukuh untuk mensabitkan kesalahan.


7. PEMAIN Perak, Ng Boon Bee, muncul penjaring terbanyak dengan 10 gol pada 1959 untuk membantu pasukannya melangkah ke perlawanan akhir. Boon Bee kemudian menjadi bintang badminton negara apabila membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.


8. KELANTAN mencatatkan jaringan terbesar menumpaskan Pahang 16-1 pada pusingan awal 1962 dan Mohammad Che Su menyumbang lapan gol. Tahun berikutnya, Selangor mengatasi rekod itu dengan menewaskan Terengganu 18-0.


9. KEAJAIBAN penyerang Singapura, Allahyarham Awang Bakar, tiada tandingan. Pada perlawanan akhir 1950, dia membalas sepakan percuma penjaga gol Pulau Pinang, Tan Swee Hock, dengan rembatan dari jarak 40 meter. Bola menerjah ke gawang sebelum Swee Hock sempat kembali ke posisi. Singapura menang 2-0.


10. APABILA kejohanan diadakan semula pada 1948 selepas tergendala akibat Perang Dunia kedua dari 1942-47, Singapura gagal menjejakkan kaki ke perlawanan akhir buat kali pertama. Ia sebaliknya ditandingi Negeri Sembilan dan Selangor. Negeri Sembilan menang 2-1.

TAHNIAH KELANTAN!

















Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjejakkan kaki ke final Piala Malaysia. Tahniah juga kepada Tan Sri Anuar MUsa kerana mengangkat
imej bola sepak Kelantan.

Teruskan perjuangan Tan Sri. AJK Persataun BOla Sepak Perumahan Kusial Baru mengucapkan selamat berjuang hingga mengembalikan piala prestij itu ke negeri cik Siti Wan Kembang.

Kerana Tan Sri bola sepak Kelantan maju dan hebat

PEMAIN KELANTAN ERA 70 AN


Barisan pemain Kelantan era 70 an. Kalau anda tahu cuba teka siapakah mereka. Mereka juga pernah mewakili negara.

Dari kanan. Penjaga gol era 70 Nik Sazali, sebelahnya Nik Leh Nik Man (Leh Senggeng), tengah berbaju hitam 'kereta perisai Kelantan zaman silam' kapten Kelantan Mahadi YUsoff, bercermin mata, penyerang berbisa Afandi YUsoff, berbaju merah Wan Hassan Wan Ibrahim midfielder handalan dan kiri sekali Hussien Ibrahin pengulas sukan. RTM.

Kamis, 05 November 2009

IDAN KESEMUA PIALA



"2010 tahun membolot kesemua piala liga Tanah Merah," kata Rozi Safaai, pengurus pasukan PKB.

Latihan telah dimulakan selepas Aidilfitiri . Pemain PKB masih seperti dulu. Bertenaga dan mampu menetang pasukan mana sekali pun.

Sabtu, 22 Agustus 2009

JUARA LAPAN SEBELAH


Perjuangan yang bersungguh-sungguhnya akhirnya membuahkan hasil bila pasukan Perumahan Kusial Baru berjaya menjadi johan bola sepak lapan sebelah parlimen Tanah Merah. tahniah! Perjuangan yang bersungguh-sungguh itu menuntut pengorbanan semua pihak, pemain, pentyokong dan pengurusan.

Jumat, 07 Agustus 2009

LATIHAN INTENSIF


Dalam usaha mengekalkan kejuaraan, latihan intensif filakukan oleh pasukan Perumahan Kusial Baru.

Sabtu, 01 Agustus 2009

KUATKAN PASUKAN PKB


"Tingkatkan usaha gandakan keyakinan. kejayaan bersama dengan pemain yang konsistan," kata Cikgu Bakri.

SEKITAR MEMBAKAR AYAM




Sumbangan itu diberikan oleh Pengarah DUN GUAL IPOH, Cikgu Bakri. Terima kasih Cikgu. Budi dan jasa menaikkan imej pasukan bola sepak PKB, satu tugasan mengenang budi yang tidak mudah dilupakan.

SUMBANGAN BUAT JUARA


terima kasih Cikgu Bakri kerana sudi hadir ke majlis yang tidak seberapa itu. biarpun majlis tidak seberapa namun silaturahhim tetap utuh dan kukuh. keutuhan itu menjadikan DUN Gual Ipoh makin mantap.

Jumat, 31 Juli 2009

MENEWASKAN JERANGAU FC


Terus mengorak langkah menewaskan JERANGAU FC dalam bola sepak KOmuniti 1- 0. teruskan kecemerlangan kerana kemenangan itu menjadi peniup semangat bagi kejayaan lain. bukan senang hendak mewaujudkan sebuah pasukan yang mantap tanpa kemantapan hati setiap pemain. justeru, jati diri itu penting dan ikhlas itu mustahak. kalau bermain untuk semua, kemajuan akan tercapai di dalam bola sepak, tetapi kalau bermain untuk individu, sukan itu akan berkubur.

JANGAN BERPECAH


"Terusakan perjuangan demi kecemerlangan bola sepak," kata Cikgu Bakri Mustapa

Minggu, 26 Juli 2009

PENYOKONG SETIA


Kejayaan sesebuah pasukan terletak ditangan penyokong setia.

KUNJUNGAN SEORANG PEMIMPIN


"Saya harap pasukan Kusial Baru ini semakin mantap pada masa hadapan. saya mahu pasukan di bawah Pengarah DUN ini bukan sahaja mampu gegarkan Tanah Merah, malah menjadi pasukan terbaik di peringkat negeri. kalau ada rezeki, saya akan bawa pasukan ini keluar Kelantan. Saya mahu mereka menimba ilmu sebanyak mungkin dalam bidang bola sepak kerana kejayaan sesebuah pasukan itu bukan pada mujurnya, tetapi pada usahanya yang bersungguh-sungguh," kata Cikgu Bakri, Pengarah DUN Gual Ipoh.

AKSI JUARA





Itulah. Kalau sudah berusaha tentu akan ada hasilnya. usaha lebih, hasilnya juga lebih. justeru, untuk musim akan datang, kejayaan berganda hendaklah dicpita dalam ikhtiar menjadikan pasukan kita disegani bukan sahaja dalam daerah malah Kelantan amnya.

SEKITAR FINAL PIALA KAFA






AKSI SEJARAH PIALA KAFA 2009. SYABAS DAN TAHNIAH. KEJAYAAN INI PEMANGKIN SEMANGAT SEMUA. KESEBELASAN UTAMA PEMAIN WAJIB DIKEKALKAN DALAM USAHA JADIKAN PASUKAN PERUMAHAN KUSIAL BARU SEBUAH PASUKAN ELIT DI TANAH MERAH INI

JUARA KAFA 2009


Ternyata igauan itu menjadi realiti. Perumahan Kusial Baru menjadi johan piala Kafa 2009 selepas menewaskan Bandar FC 4-2 melalui sepakan penalti. Syabas dan tahniah!

Selasa, 21 Juli 2009

PIALA KAFA


Telah kami janjikan kami mahu merampas piala KAFA. Kata mesti dikota! itulah antara ungkapan yang ada di dalam diri kami. kami tidak mahu tewas sebelum berjuang dan kami mahu menjadi sebuah pasukan terkuat diu Tanah Merah.

Kamis, 16 Juli 2009

MENENTANG PASUKAN GOBEK


Kemenangan tetap berpihak kepada kami meskipun menetang pasukan pelawat atau jiran. menewaskan pasukan Gobek di dalam Liga DUN Gual Ipoh. dalam misi mencari kemenangan, setiap perlawanan di isi dengan sifat jati diri dan sayangkan pasukan. justeru, kerana sifat begitu, kejayaan demi kejayaan dicipta pasukan bola sepak Perumahan Kusial Baru. Maju PKB.

BERSAMA DATO ROSLAN



Terima kasih Dato Lan kerana sudi menjadi penaung kami. Segala tunjuk ajar, buah fikiran, kritikan membina, saranan yang bernas, ternyata menjadikan kami pasukan yang mantap dan terbaik di Tanah Merah ini. Terima kasih daun keladi.

Rabu, 15 Juli 2009

BERSAMA BANGGOL LAHA


Menewaskan Banggol Laha 3 gol 0 di dalam perlawanan akhir liga DUN Gual Ipoh. Tahniah kepada pihak pengurusan dan pemain. komitmen semua melonjak imej pasukan bola sepak perumahan kusial baru.